JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menerima kunjungan Presiden FIFA Gianni Infantino untuk membincangkan hala tuju arena bola sepak negara itu susulan tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur.
Pertemuan selama dua jam di Istana Merdeka hari ini turut membincangkan secara terperinci aspek pengurusan stadium, keselamatan, perlawanan dan penyokong.
"Transformasi bola sepak Indonesia akan bermula bersama FIFA yang akan mempunyai pejabat di sini sehingga semuanya berjalan lancar," kata Joko Widodo, yang dikenali mesra sebagai Jokowi dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Infantino menegaskan FIFA sedia bekerjasama rapat dengan kerajaan, Konfederasi Bola Sepak Asia dan Persatuan Bola Sepak Indonesia untuk mereformasi bola sepak Indonesia.
Usaha ini penting memandangkan Indonesia akan menganjurkan FIFA U-20 World Cup 2023, selepas pembatalan edisi 2021 akibat pandemik COVID-19.
Pada 8 Oktober, Jokowi mengesahkan Indonesia tidak akan dikenakan hukuman oleh FIFA susulan tragedi 1 Okt di Stadium Kanjuruhan di mana 133 penyokong maut akibat rusuhan dan rempuhan apabila penyokong memasuki padang.
Kekalahan pasukan tuan rumah Arema FC buat kali pertama di laman sendiri dalam tempoh 23 tahun semasa pertemuan dengan pasukan Persebaya Surabaya mencetuskan kemarahan penyokong.
Situasi bertukar tegang, memaksa pihak keselamatan melepaskan gas pemedih mata menyebabkan beribu-ribu penyokong berasak-asak untuk keluar dari padang melalui beberapa pintu sehingga menyebabkan rempuhan.
Jumlah yang maut bertambah menjadi 133 orang selepas seorang penyokong yang dirawat di hospital meninggal dunia tengah hari tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Presiden Indonesia Joko Widodo menerima kunjungan Presiden FIFA Gianni Infantino untuk membincangkan hala tuju arena bola sepak negara itu susulan tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur. - Foto REUTERS
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Jokowi lawat daerah Cianjur, angka kematian akibat gempa bumi meningkat kepada 268
Presiden Indonesia Joko Widodo pada Selasa melawat bandar Cugenang di daerah Cianjur, lokasi pusat gempa bumi yang mengorbankan 268 orang.
Jokowi terima kunjungan Presiden FIFA bincang transformasi bola sepak Indonesia
Pertemuan selama dua jam itu turut membincangkan secara terperinci aspek pengurusan stadium, keselamatan, perlawanan dan penyokong.